this morning was disastrous. i went out from the house at 8.40 uih memang dah lambat giler!. the weather was fine in jasin. i couldn't speed because the fuel was running out and i was damn lazy to drop by the petronas and it was getting late.
nak keluar simpang bemban, aku sikit lagi nak eksiden dengan van kot rasenye? bagus gak. mati hari jumaat. cheh, amal tak cukup, keje kumpul dosa kering je. haha
masuk simpang ulu duyong the wind blew strange and hard and dirts flew by. bergegar jugakle motor buruk aku, terhuyung-hayang. and the sky. it was very VERY cloudy and i mean CLOUDY. memang cari pasal. memang basah le aku kejap lagi ni. argh! baju hujan aku dekat kereta mak. chist. memang dah tawakal gile. janganle hujan.
and then, i saw the clouds took a strange form. sebijik cam kat dalam national geographic tuh. nak jadi tornado lak. aku dah seram-seram jugak. ye la memang le kat malaysia takde mende tu, tapi aku betul-betul lalu bawah awan tu. dah le awan gile hitam pekat semacam. sampai simpang bukit katil dah gerimis. rilek je la sebab ofis dah tak jauh lagi dah. kalau basah pun, tak sampai tahap lencun la.
entah kenape, traffic light depan kolej aku tu kemain baik hari ni, dah hijau. tau aku tak nak basah kot. tengah aku pecut nak kejar counter yang tinggal belas-belas saat tu, kete depan aku emergency brake pulak sebab counter dah kuning. aku nasib baik skali lg dpt elak eksiden. kalo tak elak memang sah-sah aku masuk paper besok. memang berkat baca doa nak pegi berjalan, ajaran mak aku. aku ikut yang sempoi je. kalo amalan yang betul, aku dah sampai ofis pun tak abis lagi terkumat-kamit hehe.
dah lambat ni, memang malas sangat aku nak tunggu lagi 120 saat lagi. aku redah gak walau dah merah tapi lalu tepi la pastu potong masuk balai polis ayer keroh, pastu masuk bomba. dan seperti biasa, jangkaan aku memang betul. hujan le selebat-lebatnya sepanjang-panjang lebuh ayer keroh nun, kawasan taman tasik utama, mitc memang kering kontang. tu yang aku slalu tension. kat sini memang lambat. hujan pun segan-segan (dibaca sangat lambat) nak turun kat sini. haha.
keje aku pagi-pagi sejak dua tiga hari ni, check torrent nye progress, pastu carik torrent baru. bace blog kekawan aku. minggu depan minggu last praktikal. memang takde keje sangat skang ni. sangap gile. ada takde aku kaco hami dengan khalid buat kerja. dieorg memang dah isytihar perang dengan aku sebab minggu depan last aku kat sini. kekonon nak wat life aku miserable la sepanjang last moment aku kat sini. terasa jugak tapi, biarla. dieorang takde, keje sini memang bosan. aku tak ngam sangat dengan budak praktikal lain walaupun kitorang satu kolej. aku mane leh masuk dengan budak-budak skema sangat. jadi bahan buli bolehla. haha.
malam tadi balik rumah dengan perasaan cuak. mak aku dah sound giler pakai sms pasal tak balik malam sebelumnya. on the way tu aku rangka le memacam alasan nak kelentong tapi tau last-last aku wat pe? agak-agak mak aku bukak mulut bising ke, aku diam aje la. paling tidak aku cakaple bateri phone aku habis (yang ni memang betul. aku nak explain je, trus kaput. tension). malam jumaat weh, takkan nak menipu kat mak sendiri plak tu. memang dapat title anak tenggang betul la. cuma aku tak kahwin dengan anak raja aje. hahaha.
patutle mak aku bising. bapak aku dah bising kat die, aku bawak motor pastu balik memalam. kalau jadi apa-apa, memang sadis sebab aku dah 2 bulan sangap kredit wargh! dahle jalan sunyi takde rumah orang. pastu bapak aku suh drive kete. ni duit pegi balik ofis bawak kete, dah boleh 5 kali tuang minyak moto aku. satu kali isi minyak moto bersamaan dengan 2 trip pegi dan satu trip balik. bayangkan bape banyak trip aku leh wat dgn duit minyak kereta? hahaha.
tengok cite push nevada malam tadi. aku dah suke plak tengok cite ni sejak minggu lepas aku tertengok waktu cite dah separuh. memang lain dari yang lain la. cite pasal ejen IRS, jim prufrock pegi kat push, nevada untuk locate duit yang hilang. executive producer die ben affleck dengan matt damon. memang best. tapi aku surf carik info pasal cite ni, ada satu season je? potong stim betulla. dengar cite, dihentikan sbab clash waktu siaran dengan csi ngan will and grace. dah le satu season tu ade 8 siri je. chist. cite ni memang complicated tapi ok la. menghilangkan kebosanan malam jumaat.
Friday, May 21, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment