ke hadapan lecturer kks yang diingati selalu,
apa khabar cik? harapnye cik sihat di samping student2 yg selalu menjadi mangsa pertanyaan cik supaya cik boleh faham tujuan lab itu dan student dapat markah lebih dan tidak perlu berjumpa cik lagi untuk sem depan.
tujuan saya menulis ini adalah untuk memberitahu cik tentang aktiviti saya dan kawan baik cik pada hari ini.
aktiviti kami bermula sejak khamis lepas, apabila saya telah menerima pemberitahuan warehouse sale jenama cl4rks dan juga sale b0dyshop. saya tidak dapat memberitahu cik tentang sale ini kerana memahami keadaan pokok duit2 cik yang baru ditanam dan masih belum dapat dituai.
saya telah pergi ke plaza al4m s3ntral dan mendapati tiada bodyshop di situ tetapi ada warehouse sale c0mma. dengan tanpa rasa bersalah dan tidak memikirkan keadaan tenat poket di hujung2 bulan, saya telah membakar untuk baju c0mma. tetapi saya menyesal sekarang kerana saya lupa bahawa saya takkan mungkin muat free size melainkan jenis stretchable. keghairahan saya membakar duit telah menyebabkan saya lupa, saya masih lagi gemuk.
aktiviti pembakaran diteruskan di sunw4y pyr4mid pula. berhimpit-himpit di dalam b0dyshop tidak menghalang keinginan saya untuk terus membakar. cik, bagaimana menahan diri sedangkan saya sebagai member mendapat 10% tambahan diskaun di samping diskaun yang ditawarkan. maaf cik, saya kalah pada godaan lipgloss yang berwarna-warni.
saya ternampak pula v0ir, dan saya teringat saya masih perlu mengganti sandal ala espadrille yang telah dihartapunyakan oleh adik saya. yang pertama dicuba, hanya tinggal saiz 8, dan ianya longgar. cik, saya telah merasa putus-asa dan berkata aktiviti pembakaran telah terhenti. tetapi saya telah ternampak satu sandal lain yang menarik. maaf cik, ia ada saiz 7 dan walaupun ia lebih mahal dari yang pertama, saya terus membakar tanpa rasa ragu dan was-was.
saya meneruskan perjalanan ke f.0.s dan telah memilih beberapa baju. tetapi saya telah mendapat amaran dan pekikan kuat dari poket saya yang terlalu marah kerana ia telah kering-kontang dan tiada pembakaran dapat dilakukan. saya terselamat dari membakar di sini kerana tiada lagi kertas yang dapat dibakar.
saya juga mendapat perkhabaran dari kawan baik cik bahawa beliau telah pergi ke cl4rks dan tiada berkenan dengan kasut yang ditawarkan. beliau telah terselamat dari membakar duit.
saya berasa cemburu kepada cik kerana cik tidak terdedah kepada godaan wareh0use sale dan juga jualan mur4h sepertimana cik juga cemburu kepada kami yang senantiasa dapat pergi membakar duit di wareh0use sale. percayalah cik, cik sangat beruntung!
saya semakin sibuk sekarang, dengan kerja dan aktiviti membakar duit yang nampaknya semakin rancak. saya semakin takut menghadapi bulan hadapan kerana meg4sale yang telah ditukar nama akan bermula.
nampaknya tulisan saya setakat ini. moga cik sentiasa dirahmati dan selalu jaga diri.
sekian. terima kasih.
"saya yang menurut perintah dan godaan warehouse sale dan jualan murah"
eine
presiden kelab bakar duit
Saturday, May 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kpd si "cik" or lecturer KKs bkenaan & eine, presiden kelab bakar duit... sori la aku dh t'baca surat ni...
ReplyDeletepatut korang buat lagi 1 blog khas utk Kelab Bakar Duit... nnti rmai org leh share info... & leh tambah koleksi ahli kelab... lagi byk info... lg byk yg bleh bakar...
Hehe...
hahahhaha....
ReplyDeletehehehhehehe....
tp aku rembat jugak sliper yg beli utk mak aku itu...
rs bersalah pule pd kaki ini xdpt pki kasut br walopun da smpi sane...
tahniah cik presiden...
tahniah....
hasil tangkapan anda boleh thn....
hehehe....