Friday, May 22, 2009

perkara yang tidak difahami

satu:

kebaya pendek jarang yang dipakai bersama tube. kain belah kiri dan kanan. betis dan sebahagian dada terdedah.

aku tak faham kenapa dia pakai tudung bersama kebaya itu. takpe la, takde dosa rambut dan leher.


dua:

bila amik order, aku beriya-iya speaking english walaupun budak yang amik order tu terang-terang melayu dan cakap melayu dengan aku. tetiba kawan aku call, dok berdekah-dekah ketawa dan cakap melayu. bengang je budak tu tengok aku.

aku tak faham kenapa bila masuk tempat yang ade cukai perkhidmatan, aku akan automatik rasa poyo giler nak speaking english. bile lagi nak praktik ye tak?


tiga:

dalam masa tiga minggu ni, aku hanya makan nasi kurang 5 kali. dan tengahari tadi adalah yang terakhir.

aku tak faham kenapa jenis kuat makan cam aku ni bleh pandang nasi tadi macam baru pertama kali makan nasi. tapi bukan macam dah kebulur sangat. lebih kepada pandangan pelik, dan buat pertama kali nya dalam sejarah aku makan nasi pada waktu tengahari lebih dari 20 minit. nak kunyah pun rasa pelik.

aku pun tak faham kenapa, sedangkan makanan ruji seumur hidup adalah nasi, tak makan nasi selama 3 minggu, terus lupa betapa sedapnya nasi itu.


empat:

aku tak faham kenapa tak makan nasi 3 minggu dan aku masih lagi gemuk. oh, berhempas pulas tak makan nasi untuk 3 minggu, aku telah menghancurlumatkan impian itu dengan mengorder dan memakan syurga di atas pinggan.


lima:

encik lemon suka suruh aku buat macam-macam. encik lemon nak semua cepat. encik lemon suka suruh buat kerja-kerja pelik. encik lemon suka marah-marah.

aku tak suka encik lemon bising-bising. aku selalu bengang encik lemon suruh aku cepat-cepat. aku geram encik lemon bagi senarai panjang-panjang dan cakap laju-laju sampai aku tak faham encik lemon cakap apa.

aku tak faham kenapa bila encik lemon senyum, aku terus jadi lupa kesadisan dan kekejaman dia. aku tak faham kenapa aku rasa cair bila mood encik lemon baik dan terserempak dengan aku, die akan senyum pemadam ingatan aku terhadap kesadisan dia dan mengucapkan hai hawau yuu. walaupun encik lemon buat begitu terhadap semua perempuan bila mood die baik, yang mana selalunya mood die tak baik.


enam:

aku tak faham kenapa aku sangat happy bila aku bizi. maaf, mungkin sudah terlalu lama aku underworked and overpaid.


tujuh:

bff aku demam teruk. aku sangat faham kenapa aku rasa nak terbang je jenguk dia walaupun time tu dah 10 malam. ye, aku sangat faham.

1 comment:

  1. 4,5,7

    aku x pnh lalui...

    Bagi aku tiada peliknya...(tp bkn semua...)

    1... no komen.

    2... aku pnh ckp luai kt kdai yg terang2 org tu org klantan / siam yg bleh fasih ckp klantan... tp bla aku ckp luai org pnh tanya, adk / abg ni org mana, slang mcm pahang (bg yg tau slang pahang la)? aku ckp la aku org klantan... tp parent aku mix, klantan pahang...


    3... tu aku fikir tiada peliknya... sbb aku always menghayati & menjiwai makanan aku... paling lama aku bleh mkn nasi sepinggan ialah dlm 2 jam lebih... janji ada TV yg memaparkan smthng yg best...Hahaha...


    4... yg ni serius pelik... g la tanya dr.med. npe...


    Cma yg 5 tu, aku agak2 la en.lemon tu b'usia dlm lingkungan 30 nk masuk 40 or 40 keatas... klu nk teka specific...37...tp mustahil la tepat jwpn aku... ye x? klu betul... nasib je tu...


    6... bz mmg buat aku happy & penat... tp sian si dia...


    tp 7 tu... mmg xde kaitan dgn aku...


    utk yg ke-8 plak... erk... xde ek? hehe... <---saje je... =P

    ReplyDelete