ada apa dengan cinta? Ya, ada apa dengan cinta (selain dari hakikat saya telah lima kali menonton filem itu !). Filem yang baik saya katakan. Ringan plotnya dan tidak memeningkan kepala (oh, selain dari loghat Jawa pekat yang menyukarkan). Tetapi saya bukan mahu bercerita tentang filem cinta remaja dari Indonesia itu. Persoalan filem itu yang menjadi pokok utamanya (terkecuali Rangga saya yang jambu!).
Teringat kepada seorang makcik saya. Berdarah bangsawan, tegas dan manis sekali jatuh cinta kepada pakcik saya yang gila-gila, 'easygoing' dan 'charming'. Sekali pandang, mereka pasangan ideal. Tahu apa cinta lakukan pada makcik saya? Dia memendam rasa menerima amarah pakcik saya yang panas baran untuk kesekian kalinya. Sesekali terfikir, berbaloikah menahan sakit hati seumur hidup hanya kerana cinta? Hum, saya bukan pecinta agung. Bukan hak saya untuk menilai sejauh mana nilai pengorbanan kerana cinta. Merasa cinta pun belum pernah di ambang senja alam remaja.
Tetapi yang saya tahu, cinta memang nikmat. Dunia bagai milik berdua (sampaikan berkepit seharian tak ingat keliling!) Falsafah saya tentang cinta : Ia hanyalah untuk Yang Haq dan rasul-Nya. Aku cinta padamu hanya omongan kosong (sekadar mengingatkan kita milik Ya Rabbi) pada saya. Siapa perlu mencinta seandainya cinta hanyalah kepada Yang Agung? Secara tulus, cinta pada Tuhan membawa kepada cinta manusia seluruhnya.
Cinta remaja yang merosakkan (bukan semua) malah pernah berlaku kepada saya. Istilah lebih popular - cinta monyet. Bukan apa, lebih banyak bertepuk sebelah tangan daripada bersambut. Justeru, saya tidak pernah ambil pusing. Crushes come and go. Mudah. No strings attached. Saya tak pening kepala, si dia lebih baik tidak tahu apa-apa! Lebih senang begitu setelah terlalu banyak 'rejection'.
Abang kesayangan saya (lain ibu, lain bapa!) baru putus cinta. Bila ditanya penyebab terhenti angan-angannya, dia menjawab selamba "I lust over her, not love". Hum, nafsu memang sungguh berbahaya. Seorang teman memegang prinsip "Love is a leap of faith". Sangat bermakna kepada mereka yang sedang bercinta. Leave it to your own imagination.
Seingat saya, sehingga kini saya sungguh setia dengan Mr K. Terus terang saya katakan, dia memang bukan Mr Right saya. Pertemuan pertama mengundang kebencian kerana mulut lancangnya. Lama-kelamaan, saya perasan Mr K sungguh berbeza dari semua lelaki yang pernah saya kenal. Lalu apa yang boleh saya katakan? Mungkin cinta sudah hadir di hati saya untuk seorang lelaki yang memang secara terangnya menolak saya.
Teman sudah jelak mengingatkan buat apa ditunggu yang seorang, ramai lagi boleh dicari. Sedangkan yang seorang itulah yang payah dijumpai, untuk apa saya bersusah mencari ganti? Bila cinta hadir, datanglah segala cabaran dan dugaan. Cinta saya tidak seindah cinta Joon Sang dan Yu Jinn juga tidak setragis kisah Joon Suh dan Eun Shi, tetapi saya senang sekali menyayanginya tanpa ada rasa ragu atau bimbang. Kerana saya percaya pada mencintai tidak bermakna memiliki. Cukup sekadar menyimpan perasaan nan indah ini nun di lubuk hati saya.
Ada satu e-mel yang diforwardkan kepada saya. Lucu tetapi menikam kalbu. Ianya mengenai bas dan cinta. 3 bas sudah berlalu : bas buruk, bas penuh dan bas tidak berpendingin hawa, barulah anda menyedari cuaca mendung dan anda sudah terlewat. Lalu anda menaiki mana-mana bas yang datang seterusnya walaupun bas itu buruk, penuh dan tidak ber'air-cond'. Barulah selama ini anda menyedari anda telah menaiki bas yang salah dan membazirkan banyak wang, masa dan tenaga anda. Prinsip yang sama untuk cinta juga. Tak salah untuk memilih tetapi sekiranya anda tersalah bas, apa yang anda perlu lakukan ialah tekan loceng dan turun dari bas itu. Tak susah kan?
written in 2003
Thursday, November 01, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment