hidup ini bukan susah. terpulang cara sendiri untuk menentukan.
aku pilih cara susah.
sebab aku bukan orang senang. sebab aku ada banyak sebab sendiri.
pengalaman hidup mengajar banyak erti. belajar dari kesilapan. elakkan melakukan kesalahan yang sama. tak ramai yang tahu, kehidupan merupakan persamaan matematik. ada yang rumit, ada yang semudah 1+1.
kalaulah kehidupan itu seperti satu persamaan matematik yang pasti, mungkin hidup akan menjadi satu titik normal yang selari. bosan.
5 tahun lagi, aku akan baca entri ini dan senyum sendiri. dengan harapan aku sudah mula separuh memperjudikan hidup yang sememangnya singkat.
tak salah mencintai orang. biarpun hanya sekejap. biarpun hanya bertepuk sebelah tangan. biarpun orang lain tidak tahu. dalam kenikmatan yang diberi cinta, masih ada derita dan air mata.
cerita aku tidak tragis. cerita aku hanya cerita perempuan biasa, yang tidak pernah menoktahkan cinta. cerita aku penuh warna, dilatari hitam sepanjang masa. cerita aku yang tidak punya apa-apa, cuma perasaan berbaur yang selalu disalah anggap.
imaginasi pelangi hasil ilusi bermacam-macam buku menghamparkan tilam vono yang empuk andai realiti menghempas aku jatuh. dan aku akan kembali bangun, mencalit harapan demi harapan atas mimpi yang tak pernah sudah, mengharapkan yang tidak kepada yang pasti dan terus bernafas, walaupun kadangkala perasaan yang menyesakkan membuatkan yang sebati dalam diri menjadi acapkali sukar.
aku akan fight untuk apa yang aku mahu, bila aku mahu andai ia tiada satu noktah yang jelas. bahagia itu pasti. demi masa.
....mungkin bersambung
Monday, November 09, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment