Tuesday, October 20, 2009

ini bukan bahagian 3

hari ni aku malas nak cerita pasal bahagian 3. sejak minggu lepas, kepala dah blur fikir kerja-kerja-kerja dan kerja lagi.

nak cuti pun kena berkira-kira. mc apatah lagi, seribu kali fikir, endingnye aku datang keje jugak.

so, weekend yang lepas ni, tak beraktiviti, duduk rumah dan menidurkan diri sekaligus menambahkan eyebag aku yang dah tahap kronik. tapi balik naik ketapi.

keretapi ok? yang banyak-banyak gerabak tu, dan kalo cite omputih, the choo choo train. memang sah aku jakun. pantang 2 jam dalam bas, baru kuar pudu dah lentok tido, tapi ni sepicing pun aku tak lelap. eksaited punya pasal.

eksaited punya pasal, subw4y pun aku lupa beli. menonong je naik ketapi. sib baik la tak melompat-lompat dalam ketapi tu.

pengalaman naik ketapi. best. aku nak naik lagi. kenapa ketapi tak turun depan umah aku? tensi je.


skang, aktiviti harian di ofis adalah seth-seeing dan seth-sighting. boleh tersengih-sengih sepanjang hari. ok dah cukup la aku merepek ni.

tunggu je la bahagian 3 nanti disambung. doakan kerja aku berkurang dan gaji aku bertambah. hahaha!

No comments:

Post a Comment