mungkin ramai yang
aku hanya berpijak di bumi nyata, walaupun selalunya aku berangan bagai nak gila terpengaruh dengan fantasi cerita yang aku selalu baca. inilah pemangkin yang membuatkan aku meneruskan hidup setelah rejection yang tak terkira dan juga situasi angkat kaki (juga tak terkira!).
kawan-kawan selalu mengingatkan aku, karma itu roda yang bulat. jika aku boleh angkat kaki bila-bila masa, tak mustahil bila tiba masanya, berkali ganda aku dibalas.
lalu mereka meletakkan aku pada kategori hati kering.
maaflah kawan. aku kan perempuan. mungkin aku tak penuh perasaan macam perempuan lain, tapi fitrah manusia itu berpasangan dan dari situ datangnya kasih-sayang.
bayangkan betapa susahnya mahu bangkit dari kejatuhan jika tiada pemangkin ala tilam spring vono.
aku tak cakap aku baik, tapi kadang-kadang kita perlu mencari jalan untuk hanya meneruskan hidup tanpa rasa sesal. bukan semua orang ada kebolehan untuk terus melupakan. perasaan suicidal itu normal pada aku bila kerja bertimbun-timbun, kurang tidur yang nyenyak dan bukan kerana rejection atau mengenangkan status aku yang masih single trang-tang-tang
bila aku tak nak fight untuk orang disukai, bermakna ada sesuatu yang menghalang. diri sendiri yang aku kenal, aku akan kerja keras untuk dapat apa yang aku nak. tapi bila unsur itu dihalang oleh satu maksud dan tujuan yang baik, aku boleh cakap apa? move on!
perasaan datang dan pergi. tapi Tuhan sentiasa ada.
......bersambung lagi.
ada yang bicaranya punah kerna bagi mereka hidup itu semuanya cinta, tidak ada iqtisadi (ekonomi), tiada intipati.
ReplyDeletemanusia kering hati bukan manusia yang tidak bercinta. manusia kering adalah manusia tanpa menongkah arus tanpa waspada dan tak punya logik tika bicara.
manusia hanya pandai menelah, apalah kurang si penulis ini. just wanted you to know, you are fine by me in any definition.
buat apa bercinta kalau tiada rasa cinta. buat apa mendengar orang lain berkata, kerna tatkala kita berbicara mereka tak mahu mendengarnya.
word
aku rs aku dh jadi cam dil..aku xbrape paham bila tertiba baca madah2 pujangga ko tulis nih..owhh...aku dh lembab...tidakkkkkkk
ReplyDeletehoho..ni kisah zmn lampau ke zmn terkini?? xde masuk melodi pon..wahahaha
ReplyDelete