Monday, August 22, 2011

segalanya mungkin

segala perasaan yang datang adalah hak milikNya. aku sungguh bersyukur dikurniakan perasaan yang membuatkan aku rasa hidup. marah, sedih, kecewa, sayang, cinta dan benci, semuanya datang dari Dia.

selama dibenarkan bernafas dan menjalankan amanah dan tanggungjawab, pertama kali dikurniakan rasa sebegini suci, yang begitu tulus. takdir telah tertulis, ia hanya untuk orang yang paling berhak setelah akad dilafazkan.

mungkin belum ketemu orang itu. mungkin yang paling molek belum hadir. mungkin sahaja pembimbing dan teman seluruh hidup masih belum bersedia. motivasi diri sendiri untuk terus memperbaiki diri. agar setanding dan mampu berganding bersama di kemudian hari.

lalu doaku hari ini untuk diriku dan untukmu,

moga kita diberikan peluang. moga kita berjumpa satu hari kelak dan diizinkan menghabiskan sisa usia kita bersama-sama. moga kamu memerlukan aku sepertimana aku perlu kamu. moga kamu dan aku saling melengkapi. moga kita diberkati selalu.

moga kamu gembira. aku juga gembira sekarang, kerana aku tahu aku pasti akan jumpa kamu nanti. pasti!

No comments:

Post a Comment